NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

PBEM Sokong Sistem Tapisan Pemandu & Wajibkan Alat Had Laju

PBEM Sokong Sistem Tapisan Pemandu & Wajibkan Alat Had Laju

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PBEM) menyokong cadangan Kementerian Pengangkutan untuk bangunkan sistem pangkalan data pemandu dan mewajibkan pemasangan Speed Limitation Device (SLD) pada semua bas ekspres dan kenderaan berat.

Pengerusi PBEM, Mohamad Nazri Md Yusof berkata sistem ini bantu pengusaha tapis pemandu yang berdisiplin, jimatkan kos dan masa, serta kurangkan risiko ambil pemandu bermasalah. Ia juga mudahkan pemantauan dan kenal pasti siapa perlukan latihan tambahan.

PBEM turut setuju SLD dipasang bagi halang pemandu memandu melebihi had laju secara automatik – tambahan kepada sistem GPS sedia ada.

“Memandu laju antara punca utama nahas jalan raya yang ragut nyawa. Bila SLD dipasang terus ke unit kawalan elektronik (ECU), ia akan halang pemandu pandu lebih had secara automatik,” jelasnya.

Nazri tegaskan PBEM komited tingkatkan keselamatan pengangkutan awam, dan pesan ahli persatuan agar utamakan keselamatan penumpang, bukan keuntungan semata-mata.

“Utamakan keselamatan penumpang dan patuh pada undang-undang serta syarat lesen yang ditetapkan. Itu yang lebih penting untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy