NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lelaki Maut Selepas Kereta Dipandu Hilang Kawalan dan Rempuh Dua Kenderaan Parkir

Lelaki Maut Selepas Kereta Dipandu Hilang Kawalan dan Rempuh Dua Kenderaan Parkir

Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh dua kenderaan yang sedang diparkir di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 10.25 malam hasil maklumat orang awam.

“Siasatan awal mendapati pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar sebuah Proton Wira dan van Toyota Hiace yang diparkir di hadapan sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, impak kemalangan menyebabkan pemandu Proton Saga mengalami kecederaan dalaman yang serius dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan cermat demi keselamatan bersama.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy