Perjalanan kereta api antara Munich dan kawasan kaki bukit Alpine tergendala susulan beberapa kegagalan sistem penukaran landasan, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut laman sesawang Kereta Api Wilayah Bavaria (BRB), gangguan ini melibatkan laluan utama antara Stesen Pusat Munich dan bandar Holzkirchen dimana ia adalah lokasi penting yang menjadi persimpangan beberapa laluan wilayah.
Kereta api dari arah selatan seperti Tegernsee, Lenggries, Bayrischzell dan Rosenheim kini hanya dapat beroperasi sehingga Holzkirchen sebelum berpatah balik ke arah asal.
Situasi ini memberi kesan besar kepada pelancong, penumpang harian dan pengguna ulang-alik, dan dijangka berlanjutan hingga penghujung Julai.
Sementara itu, Deutsche Bahn (DB) selaku pengendali utama perkhidmatan rel Jerman telah menyediakan pengangkutan alternatif menggunakan bas dan teksi besar antara Daerah Giesing di Munich dan Holzkirchen bagi mengurangkan beban penumpang.
Norbert Moy daripada persatuan penumpang Pro Bahn menyifatkan gangguan ini sebagai “satu bencana” kerana laluan berkenaan menjadi nadi perhubungan kawasan tersebut, lebih-lebih lagi ketika musim puncak pelancongan.
“Perkhidmatan sedia ada tidak mungkin dapat digantikan dalam tempoh yang singkat,” katanya.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?