Armor All telah melancarkan siri produk premiumnya yang baru iaitu Armor All Podium Series. Siri ini dibangunkan hasil kerjasama eksklusif dengan Oracle Red Bull Racing dan telah diperkenalkan kepada orang ramai melalui sebuah acara di Elmina Lakeside Mall.
Menurut Diane Lee, Pengarah Perniagaan bagi Malaysia, Singapura dan Vietnam di Energizer Malaysia, siri baharu ini bertujuan untuk membawa teknologi penjagaan kereta bertaraf profesional kepada pemandu harian di Malaysia.
Katanya, rakyat Malaysia sangat menyayangi kereta mereka, bukan sekadar sebagai kenderaan tetapi juga sebagai cerminan gaya hidup dan personaliti. Sama ada memandu di bandar atau pergi bercuti hujung minggu, siri ini memastikan kereta sentiasa kelihatan hebat dengan usaha yang minimum.
Armor All Podium Series menggunakan formula seramik hibrid berasaskan SiO2 yang canggih, yang memberi perlindungan tahan lama, kalis air, dan kilauan. Produk ini dicipta untuk peminat penjagaan kereta dengan gabungan teknologi eksklusif, bau yang menyenangkan dan pembungkusan pintar yang mesra alam termasuk botol PET boleh kitar semula dan pencetus semburan khas.
Siri ini merangkumi:
Hybrid Ceramic Wash & Shine: Memberi kilauan dan perlindungan dengan buih yang licin dan berkesan.
Hybrid Ceramic Tyre Shine: Memberi lapisan licin dan tahan lama pada tayar dengan kilauan sehingga empat minggu.

Hybrid Ceramic Exterior Detailer: Menjadikan permukaan luar lebih berkilat dan menyerlahkan warna, termasuk untuk balutan vinil dan pelekat.
Interior Detailer: Membersih dan menyegarkan bahagian dalam kereta sambil memberi perlindungan UV serta kemasan semula jadi pada skrin teknologi dan kaca.

Hybrid Ceramic Protectant: Mengurangkan habuk dan melindungi daripada kotoran serta sinaran UVA & UVB.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?