NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Ejen Tarik Kereta Ditahan, Halang Laluan di Lebuhraya Utara-Selatan

Ejen Tarik Kereta Ditahan, Halang Laluan di Lebuhraya Utara-Selatan

Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian menghalang laluan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, telah ditahan pihak polis.

Menurut siasatan awal, individu terbabit merupakan seorang ejen penarik kereta dan tindakan menghentikan kenderaan itu dipercayai bertujuan untuk menarik sebuah kereta lain. “Tindakan mereka hanya berlaku dalam tempoh yang singkat,” jelas pihak berkuasa.

Kejadian itu menjadi tular selepas satu video berdurasi 35 saat dimuat naik ke media sosial pada Rabu, memaparkan tiga buah kenderaan menghentikan kereta mereka secara melintang di atas lebuh raya, sekali gus mengganggu kelancaran aliran trafik.

Ketua Polis Daerah memaklumkan bahawa salah seorang pemilik kenderaan telah ditahan, manakala dua lagi suspek sedang dikesan untuk membantu siasatan lanjut.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis turut menegaskan bahawa sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta mengganggu kelancaran trafik akan diambil tindakan tegas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Noor Fathiah Ak’Dilah Ishak di talian 010-5825384, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di 019-7992519, atau Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-6851999.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy