Seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas terjatuh ke atas landasan LRT di stesen Subang Alam, Laluan Kelana Jaya, Shah Alam pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8:07 pagi. Seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba Shah Alam bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS (Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan) telah dikejarkan ke lokasi dan tiba sembilan minit kemudian.
Bagaimanapun, orang awam telah membantu mengangkat mangsa dari atas landasan sebelum pasukan penyelamat tiba. Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan pasukan EMRS memberikan rawatan awal sementara menunggu pasukan Kementerian Kesihatan tiba, lapor New Straits Times.
Pihak Rapid Rail Sdn Bhd mengesahkan bahawa kejadian melibatkan seorang individu yang menceroboh kawasan landasan. Operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan kecemasan dan Rapid Rail terpaksa menukar operasi tren buat sementara.
Kini, tren dari Putra Heights hanya bergerak sehingga stesen Alam Megah sebelum berpatah balik. Tren dari Gombak juga menamatkan perjalanan di stesen yang sama sebelum kembali ke Gombak. Pihak Rapid Rail akan memberikan maklumat terkini mengenai gangguan perkhidmatan melalui media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?