Seorang pempengaruh TikTok ditahan polis selepas dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan memandu secara “drift” di kawasan parkir Stadium Batu Kawan, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.20 tengah malam oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah SPS.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan. Semakan juga mendapati individu itu pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengancam keselamatan pemandu itu sendiri serta pengguna jalan raya lain.
Polis turut menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak terlibat dalam sebarang aksi yang boleh mendatangkan bahaya atau menyebabkan kemalangan.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?