Seorang pemuda berusia 20 tahun maut selepas motosikal Yamaha R15 yang ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang besi di Kilometer 217.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, pada pagi ini.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, kejadian berlaku sekitar jam 7.45 pagi ketika mangsa, Lee Jun Jin, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh besi penghadang,” katanya.
Menurut laporan Kosmo!, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk proses bedah siasat.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut masih dijalankan. Pemeriksaan ke atas motosikal turut dilakukan oleh pihak Puspakom.
Pihak polis kini sedang berusaha mengesan saksi kejadian. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian IPD Kuantan 09-5652222.
Polis juga menasihati pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang demi keselamatan diri dan pengguna lain.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?