NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

153 Orang Disaman Kerana Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar Dalam Bas

153 Orang Disaman Kerana Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar Dalam Bas

JPJ Melaka mengeluarkan 153 saman kepada pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran kerana tidak memakai tali pinggang keledar sejak ia diwajibkan pada 1 Julai lalu.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, daripada jumlah itu, 18 saman dikenakan kepada pemandu manakala 135 lagi kepada penumpang. Kesalahan tersebut dikesan melalui operasi berkala termasuk penyamaran anggota di dalam bas.

Menurutnya, sikap sambil lewa dan kurang kesedaran menjadi punca utama pelanggaran peraturan walaupun pemandu telah mengingatkan penumpang. JPJ turut mengadakan libat urus bersama pengusaha bas serta mengedarkan poster peringatan untuk meningkatkan pematuhan.

Dalam operasi malam tadi, lebih 70 anggota penguat kuasa memeriksa 745 kenderaan dan 197 daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy