Proton dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengintegrasikan teknologi RFID Touch ‘n Go ke dalam Proton X50 serba baharu.
Berdasarkan perjanjian ini, setiap Proton X50 baharu akan dipasang dengan tag RFID Touch ‘n Go terus di kilang, membolehkan akses lancar ke rangkaian lebuh raya RFID di seluruh negara. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih pintar dan mudah kepada pengguna.

Majlis tandatangan MoU berlangsung di ibu pejabat Proton Centre of Excellence, Shah Alam, melibatkan Praba Sangarajoo (CEO Touch ‘n Go), Zhang Qiang (Timbalan CEO Proton Edar), serta wakil kanan daripada kedua-dua pihak.
Praba berkata, pemasangan RFID terus pada kenderaan baharu membolehkan pembeli menikmati kemudahan sebaik sahaja menerima kereta mereka. Beliau menyifatkan kerjasama ini sebagai satu pencapaian yang dibanggakan oleh dua syarikat tempatan, bertujuan memudahkan mobiliti harian rakyat Malaysia.
Proton X50 serba baharu, yang dilancarkan pada 24 Julai lalu, mendapat sambutan hangat dengan 2,000 unit diserahkan hanya dalam tempoh tiga minggu. Model SUV segmen-B ini tampil dengan rekaan dalaman dan luaran baharu, teknologi terkini, serta enjin 1.5L i-GT turbo. Ia juga menjadi model pertama Proton yang dilengkapi RFID sebagai ciri standard untuk semua varian.
Zhang Qiang berkata, selain daripada X50, Proton berhasrat untuk memperluaskan pemasangan RFID ini ke model lain pada masa hadapan bagi meningkatkan tahap keselesaan dan kepuasan pelanggan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?