NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

iCAUR Malaysia Buka Hab Komponen Baharu di Shah Alam, Sedia Perkukuh Servis Lepas Jualan

iCAUR Malaysia Buka Hab Komponen Baharu di Shah Alam, Sedia Perkukuh Servis Lepas Jualan

Selepas pelancaran jenama dan pratonton model iCAUR 03, iCAUR Malaysia melangkah setapak lagi dengan pembukaan rasmi Hab Komponen iCAUR di Taman Perindustrian Hicom, Shah Alam. Kemudahan seluas 88,000 kaki persegi ini menjadi pusat gudang utama bagi menyokong perkhidmatan lepas jualan jenama SUV elektrik lasak itu di Malaysia.

Diuruskan oleh Chery Corporate Malaysia dan dikongsi bersama OMODA | JAECOO Malaysia, hab ini telah mula beroperasi sejak Mac 2025 sebagai persediaan sebelum pelancaran iCAUR 03 pada suku ketiga tahun ini. Ia menempatkan lebih 10,000 alat ganti dan komponen, memastikan tahap kesediaan tinggi untuk rangkaian pengedar yang bakal mencecah sekurang-kurangnya 16 lokasi menjelang hujung tahun.

Naib Presiden iCAUR Malaysia, Emily Lek, berkata kemudahan strategik ini adalah kunci untuk menyokong rangkaian pengedar yang semakin berkembang, sambil mengekalkan standard perkhidmatan selepas jualan yang pelanggan harapkan.

Selain menyokong operasi dalam negara, hab ini juga bersedia membantu perkhidmatan lepas jualan serantau, selari dengan usaha Chery International menjadikan Malaysia sebagai pusat model pemanduan sebelah kanan (RHD) ASEAN. Langkah ini turut menyokong inisiatif Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020.

Orang ramai juga berpeluang melihat dan pandu uji iCAUR 03 versi pacuan dua roda (2WD) buat kali pertama melalui acara iCAUR iXPERIENCE di Plaza Arkadia, Desa ParkCity dari 21 hingga 24 Ogos 2025.

Untuk makluman, model ini dilengkapi dengan motor 135 kW, bateri 65.7kWh dan mampu bergerak sejauh 426 km (NEDC). Varian pacuan roda pintar (iWD) berkuasa 279 PS dengan jarak 418 km turut disediakan untuk pandu uji.

Acara ini turut menampilkan pameran interaktif, cabaran “Teka Harga”, hadiah eksklusif dan tawaran tempahan awal bernilai tambah. iCAUR 03 dijangka dijual pada harga antara RM145,000 hingga RM155,000, dengan tempahan hanya RM1,000 (dikembalikan sepenuhnya).

iCAUR merupakan jenama EV global hasil kerjasama Chery dan SmartMi Tech, yang menggabungkan reka bentuk berani, teknologi pintar dan prestasi mantap, khusus untuk pasaran antarabangsa.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD