NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kenapa Sedan Semakin Hilang Sedangkan SUV Semakin Popular?

Kenapa Sedan Semakin Hilang Sedangkan SUV Semakin Popular?

Cuba tengok kereta baru yang berada di atas jalan raya sekarang. Berapa banyak sedan yang anda nampak? Sekarang, cuba kira pula berapa banyak SUV.

Daripada Perodua Ativa, Proton X50, Honda HR-V, Toyota Corolla Cross, Proton X70, Chery O5 hinggalah Jaecoo J7 — SUV semakin mudah ditemui di jalan raya Malaysia.

Perodua Ativa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Proton x50

Honda HR-V

Toyota Corolla Cross HEV

JAECOO J7

Bukan sekadar satu dua model. Hampir setiap pengeluar sekarang ada SUV sendiri. Dan kalau kita tengok apa yang berlaku dalam pasaran kereta Malaysia, trend ini memang bukan sekadar perasaan kita.

Pada 2025, pendaftaran kenderaan baharu di Malaysia mencecah 870,327 unit. Menariknya, antara model paling popular ialah Perodua Bezza dengan 100,488 unit, Proton Saga dengan 70,903 unit dan Toyota Vios dengan 31,776 unit. Ini menunjukkan sedan masih sangat kuat.

Tetapi pada masa yang sama, SUV seperti Perodua Ativa mencatatkan 38,609 unit dan Proton X50 sebanyak 26,310 unit.

Jadi, sebenarnya apa yang sedang berlaku?

Adakah rakyat Malaysia memang sudah mula meninggalkan sedan?

Atau SUV sebenarnya menawarkan sesuatu yang sedan semakin susah untuk lawan?

Sedan Belum Mati

Sebelum kita salah faham, satu perkara perlu dijelaskan.

Sedan masih laku.

Kalau kita tengok carta jualan 2025, tiga daripada empat model teratas ialah sedan atau hatchback: Bezza, Axia, Myvi dan Saga mendominasi carta tersebut. Bezza sahaja mencatat lebih 100,000 pendaftaran, manakala Saga mencatat 70,903 unit.

Toyota Vios dan Honda City juga masih berada dalam kelompok model paling banyak didaftarkan, dengan 31,776 dan 27,107 unit masing-masing pada 2025.

Jadi kalau ada yang kata,

“Sedan dah tak laku.”

Sebenarnya tak accurate. Apa yang lebih tepat ialah sedan tidak lagi menjadi satu-satunya pilihan utama apabila seseorang mahu membeli kereta keluarga atau kereta yang lebih besar.

Dan di sinilah SUV mula masuk.

Toyota Vios

Honda City

SUV Memberikan Apa Yang Sedan Tak Boleh Beri

Sebuah SUV menawarkan kedudukan yang lebih tinggi, view yang lebih luas dan lebih accessible nak masuk keluar kereta.

Untuk keluarga, ruang kabin dan ruang kargo yang lebih fleksibel juga menjadi satu kelebihan.

Dan ada satu lagi perkara yang mungkin kedengaran remeh, tetapi sebenarnya sangat penting:

SUV nampak lebih besar.

Bagi sesetengah pembeli, itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan SUV nampak lebih bernilai.

Bandingkan sebuah sedan B-segment dengan sebuah compact SUV yang menggunakan platform atau teknologi yang hampir sama.

Harga mungkin tidak terlalu jauh.

Tetapi SUV memberikan rasa kereta yang lebih besar.

Dan mungkin lebih “selamat” di mata sesetengah pengguna.

Tidak semestinya semua persepsi itu benar secara teknikal, tetapi dalam pembelian kereta, persepsi memang memainkan peranan.

Dulu Nak SUV Kena Bayar Lebih

Salah satu sebab SUV semakin popular ialah jurang harga antara sedan dan SUV sudah tidak sebesar dahulu.

Kalau kita rewind beberapa tahun, SUV lebih mudah dianggap sebagai pilihan yang mahal.

Nak kereta tinggi?

Tambah duit.

Nak SUV?

Tambah lagi.

Tetapi hari ini, compact SUV sudah menjadi perkara biasa.

Perodua Ativa, Proton X50, Honda HR-V, Toyota Corolla Cross dan pelbagai model daripada jenama China menjadikan SUV semakin mudah dicapai oleh pembeli biasa.

Dan apabila SUV sudah berada dalam lingkungan harga yang sanggup dibayar oleh pembeli sedan, persoalannya berubah.

Kalau beza harga tidak terlalu besar…

Kenapa tidak ambil SUV?

Itulah antara sebab kenapa kategori ini semakin berkembang.

Pengeluar Pun Nampak Apa Yang Pengguna Mahu

Ini satu lagi perkara yang menarik.

Bukan pengguna sahaja yang mengubah pasaran.

Pengeluar juga sedang mengubah apa yang mereka tawarkan.

Hari ini kita ada X50, X70 dan X90, selain model elektrik e.MAS 7 yang turut berada dalam kategori SUV. Malah, laporan Kenanga pada awal 2026 menunjukkan SUV menyumbang 28% daripada jualan Proton pada tempoh yang dilaporkan.

Perodua pula mempunyai Ativa dan Aruz, selain Alza yang walaupun secara teknikalnya MPV, turut memenuhi keperluan pembeli yang mencari kenderaan tinggi dan praktikal.

Kemudian datang pula jenama seperti Chery, Omoda | Jaecoo, BYD dan lain-lain yang semakin agresif dengan SUV dan crossover.

Tapi Ada Satu Sebab Lagi: SUV Lebih Mudah Dijual Sebagai “Lifestyle”

Ini mungkin bahagian yang paling menarik. Sedan biasanya dijual sebagai sebuah kereta. SUV pula lebih mudah dijual sebagai gaya hidup atau lifestyle. Kereta ditawarkan dengan pelbagai fungsi dan situasi. Nak pergi beructi, family trip, barang banyak, camping, balik kampung, semua boleh.

Walaupun kebanyakan pemilik SUV mungkin tidak pernah pun membawa kereta mereka off-road, imej bahawa SUV boleh melakukan lebih banyak perkara memberikan nilai psikologi kepada pembeli.

Sebuah sedan mungkin lebih daripada cukup untuk kegunaan harian.

Tetapi SUV membuatkan pemilik rasa mereka mempunyai lebih banyak pilihan.

Dan manusia memang suka pilihan.

Tapi Sedan Masih Ada Banyak Kelebihan

Jadi adakah SUV lebih baik daripada sedan?

Tidak semestinya.

Malah, ada beberapa perkara yang sedan masih lakukan dengan lebih baik.

Kereta yang lebih rendah biasanya mempunyai pusat graviti yang lebih rendah. Ini boleh memberikan rasa pemanduan yang lebih stabil dan lebih menyeronokkan, terutama ketika mengambil selekoh.

Sedan juga biasanya lebih rendah dan mempunyai bentuk badan yang lebih aerodinamik.

Untuk kegunaan harian, ini boleh membantu dari segi kecekapan bahan api.

Dan jangan lupa satu perkara yang sangat penting untuk Malaysia:

Harga.

Perodua Bezza ialah contoh paling mudah.

Dengan 100,488 unit didaftarkan pada 2025, Bezza bukan sahaja sedan paling popular — ia merupakan model paling laris dalam keseluruhan pasaran Malaysia.

Ini menunjukkan sesuatu yang sangat penting.

Apabila harga dan kos pemilikan menjadi keutamaan, sedan masih mempunyai tempat yang sangat kuat.

Sebab itu kita belum boleh mengatakan sedan sudah kalah.

Adakah Sedan Akan Hilang?

Kemungkinan besar, tidak. Sekurang-kurangnya bukan dalam masa terdekat.

Selagi ada pembeli yang mahukan kereta lebih murah, lebih ringan, lebih jimat dan mudah digunakan untuk kegunaan harian, sedan masih mempunyai tempat.

Tetapi mungkin kita sedang melihat penghujung satu era.

Dulu, apabila seseorang menyebut “kereta keluarga”, kita mungkin terus terbayangkan sebuah sedan.

Sekarang?

Kita mungkin terbayangkan sebuah SUV.

Dan itu adalah perubahan yang besar.

Bukan kerana sedan sudah menjadi kereta yang tidak bagus.

Tetapi kerana SUV berjaya meyakinkan pengguna bahawa mereka boleh mendapatkan lebih banyak fungsi, lebih banyak ruang dan lebih banyak “presence” dengan harga yang semakin dekat dengan sedan.

Jadi, adakah sedan akan hilang?

Tidak.

Tetapi adakah sedan akan terus menjadi pilihan default rakyat Malaysia?

Itu mungkin cerita yang berbeza.

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy