Setiap pemandu ada cerita mereka sendiri di jalan raya. Ada yang kejar masa, ada yang kejar jarak, dan ada yang kejar impian. Kami percaya setiap perjalanan perlukan rakan setia yang boleh diharap, bukan sahaja untuk sampai ke destinasi, tetapi untuk memastikan enjin sentiasa bertenaga dan tahan lasak.
Itulah yang kami rasai baru-baru ini ketika menyertai program D2D Dynamic Journeys anjuran PETRONAS. Di sinilah kami berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana gabungan bahan api diesel moden dan pelincir berprestasi tinggi mampu mengubah pemanduan harian menjadi pengalaman yang jauh lebih dinamik dan lancar.
Sejak enjin dihidupkan, kami terus merasai perbezaannya. PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive bukan sekadar bahan api, ia adalah sebuah evolusi. Dengan tindak balas enjin yang jauh lebih pantas dan penggunaan bahan api yang mampu menjimatkan sehingga 20 peratus, ia jelas menawarkan kelebihan yang ketara. Malah, teknologi ini membantu membersihkan dan melindungi enjin daripada kehausan, memulihkan prestasi sehingga 99 peratus.
Hasilnya? Enjin terasa lebih lancar, bunyi lebih senyap, getaran berkurang, dan kuasa pecutan meningkat sehingga 3 peratus dengan tambahan kuasa enjin sehingga 5 peratus. Pemanduan terasa lebih yakin, lebih responsif, seolah-olah kenderaan diberi nafas baharu.

Namun rahsia sebenar prestasi ini tidak hanya pada bahan api semata-mata. Pelincir PETRONAS Urania, dengan teknologi Strong Tech™, menjadi pelengkap sempurna. Ia dirumus untuk meminimumkan geseran, mengawal sisa berbahaya, meningkatkan kecekapan bahan api dan memastikan jentera kekal dalam keadaan optimum. Gabungan PETRONAS Dynamic Diesel dan Urania ini ibarat pasangan serasi yang menghidupkan enjin dengan sinergi luar biasa menghasilkan prestasi yang mantap, jangka hayat lebih panjang dan penjimatan yang nyata.
PETRONAS turut membawa inisiatif ini ke tahap seterusnya melalui pelancaran siri video Dynamic Journeys, yang bakal ditayangkan antara Jun hingga Julai 2025. Siri ini mengetengahkan kisah pemandu sebenar dari pelbagai latar belakang. Daripada pengusaha kecil, pengembara tegar hinggalah mereka yang mencari rezeki di jalanan. Bagi kami, ini bukan sekadar kempen pemasaran, ia adalah usaha mengangkat suara komuniti yang sering terpinggir, namun menjadi nadi penting kepada ekonomi negara.
Di penghujung hari, apa yang kami lihat ialah satu mesej jelas – dalam dunia automotif moden, prestasi, ketahanan dan kecekapan bukan lagi milik eksklusif kenderaan premium sahaja. Dengan teknologi seperti PETRONAS Dynamic Diesel dan Urania, setiap pemandu berpeluang merasai pemanduan yang lebih dinamik, efisien dan bertahan lama.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?