NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tular Penjejak Google Maps Jalan Kaki di Ibu Kota

Tular Penjejak Google Maps Jalan Kaki di Ibu Kota

Seorang lelaki yang lengkap dengan peralatan menyerupai kamera bersaiz gergasi di belakangnya mencuri perhatian netizen selepas rakamannya tular di TikTok. Lelaki itu dipercayai merupakan penjejak Google Maps.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok, kelihatan individu berkenaan membawa sebuah peranti sebesar beg galas besar yang nampak lebih berat daripada alatan di gim.

“Baru terjumpa penjejak Google Maps depan mata!” tulis pengguna tersebut yang teruja melihat peranti khas untuk rakaman Google Street View secara langsung.

Difahamkan, peranti itu digunakan oleh Google bagi merakam imej di lorong kecil atau laluan pejalan kaki yang tidak dapat dilalui kenderaan.

“Rasa nak semak Google Maps nanti, mana tahu muka saya ada sekali,” gurau pengguna itu.

Rakaman berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Kat mana nak mohon kerja ni? Jalan sambil kurus badan, siap dapat gaji,” seloroh @Tahpapetah.

”Ada kerja kosong tak? Seronok jalan-jalan,” tanya @Notification.

“Baru tahu ada versi jalan kaki. Selalu nampak guna kenderaan saja,” komen @Mr_Nobody. – Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy