passionately driven

BYD Seal 2025 Dilancarkan di Malaysia – Beberapa Peningkatan, Harga Bermula RM172k – RM192k

BYD Seal 2025 Dilancarkan di Malaysia – Beberapa Peningkatan, Harga Bermula RM172k – RM192k

Sime Darby Motors, pengedar rasmi jenama BYD di Malaysia, telah melancarkan BYD Seal 2025 ke dalam pasaran Malaysia. Masih ditawarkan dengan 2 varian iaitu varian Premium pada harga bermula RM171,800 dan Performance pada harga bermula RM191,800.

Spesifikasi motor masih kekal sama di mana varian Premium mampu menghasilkan 230 kWdan 360 Nm tork. Untuk jarak sejauh 650 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 5.9 saat.

Bagi varian Performance pula, ia didatangkan dengan spesifikasi dual-motor powertrain yang mampu menghasilkan 390 kW dan 670 Nm tork. Untuk jarak sejauh 580 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 3.8 saat.

Varian Performance kini dilengkapi dengan teknologi terkini DiSus-C Intelligent Damping Body Control System yang menyesuaikan kekerasan suspensi mengikut keadaan jalan untuk pemanduan lebih stabil. Varian Premium pula menggunakan sistem Frequency Selective Damping (FSD) yang memberi keseimbangan antara keselesaan dan kawalan.

BYD Seal 2025 kini tampil lebih praktikal dan premium dengan beberapa penambahbaikan:

  • Bumbung panoramik dengan tirai elektrik

  • BYD Digital Key (akses tanpa kunci melalui NFC + Bluetooth)

  • Pemegang cermin mata (ciri baru untuk kemudahan).

  • Rim aloi 19 inci dengan rekaan baharu.

  • Kaliper brek merah khas untuk varian Performance.

Pilihan warna juga masih kekal sama iaitu Aurora White, Atlantis Grey, Cosmos Black, dan warna baharu Shark Grey. Sempena pelancaran ini, seramai 300 pelanggan pertama BYD Seal 2025 akan berpeluang untuk menikmati pakej promosi pelancaran bernilai sehingga RM10,888, termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis dan rebat pelancaran istimewa.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD