BMW Motorrad Lancar BMW R 1300 GS Adventure di Malaysia – 4 Pilihan, Harga Bermula RM149k

BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi model terbaharu, BMW R 1300 GS Adventure. Pertama kali diperkenalkan di Malaysia Autoshow 2025, motosikal pengembaraan ikonik ini kini boleh didapati di semua pengedar sah BMW Motorrad di seluruh negara, dengan harga bermula dari RM148,500.

BMW R 1300 GS Adventure baharu ini membawa lembaran baru dalam sejarah model GS. Ia direka untuk memberikan prestasi tinggi, keselesaan, dan kepelbagaian, sama ada di jalan raya biasa atau laluan mencabar. Motosikal ini menampilkan enjin, rangka, reka bentuk dan sistem penyimpanan yang telah diperbaharui sepenuhnya, menjadikannya penanda aras baharu dalam motosikal jelajah jarak jauh.

Gabungan teknologi canggih dan kejuruteraan terkenal BMW Motorrad memastikan pengalaman tunggangan yang hebat di pelbagai jenis laluan. Ia kekal sebagai teman setia kepada penunggang yang gemar cabaran dan pengembaraan.

Dengan pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R 1300 GS Adventure baharu ini boleh dimiliki dari serendah RM2,078 sebulan (berdasarkan pinjaman 90% selama tujuh tahun melalui kaedah Straight Line Financing).

Harga runcit yang disyorkan atas jalan raya (termasuk Jaminan 3 Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun daripada BMW Motorrad Malaysia, tetapi tidak termasuk insurans) adalah:

  • Racing Red: RM148,500

  • Triple Black: RM153,500

  • Style GS Trophy: RM153,500

  • Option 719 Karakorum: RM164,500

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD