Seorang lelaki berusia 55 tahun maut manakala isterinya cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Sultan Idris Shah, pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.06 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Corolla Altis yang hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik. Pemandu lelaki didapati tersepit di tempat duduk hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala penumpang wanita hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara isterinya dibawa ke hospital bagi rawatan.
Operasi yang dikendalikan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh itu tamat sepenuhnya pada jam 8.53 pagi.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh