NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kuota 300 Liter Subsidi RON95 Sebulan Cukup untuk Ulang-Alik Seremban – KL Setiap Hari – Amir

Kuota 300 Liter Subsidi RON95 Sebulan Cukup untuk Ulang-Alik Seremban – KL Setiap Hari – Amir

Kerajaan yakin kuota 300 liter subsidi RON95 sebulan di bawah program Budi Madani (BUDI95) cukup untuk kegunaan kenderaan persendirian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, berdasarkan kajian, jumlah itu bersamaan perjalanan harian sekitar 170km – cukup untuk ulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur atau Putrajaya setiap hari.

“Kalau ada yang guna lebih macam pemandu e-hailing, mereka boleh buat rayuan untuk kuota tambahan. Tapi syaratnya mesti ada lesen sah sebagai pemandu e-hailing dan permohonan diluluskan,” katanya selepas hadir ke Program Kampung Angkat Madani di Pulau Betong.

Amir Hamzah menjelaskan, langkah rasionalisasi subsidi ini mampu jimatkan kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, dengan harga minyak mentah dijangka kekal sekitar USD75 setong.

Beliau turut menegaskan, penggunaan MyKad adalah kunci pelaksanaan sistem ini – bukan saja untuk membezakan warganegara dan bukan warganegara, tetapi juga untuk mengelakkan penyelewengan.

“Tanpa MyKad, tak ada akses subsidi. Warga asing pun memang tak layak walaupun ada MyKad, kalau kereta mereka berdaftar di luar negara seperti Singapura atau Thailand,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, harga subsidi petrol RON95 kekal RM1.99 seliter, antara yang paling murah di dunia, walaupun harga minyak global berubah. – The Star

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy