Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan ngeri selepas kereta dinaikinya melanggar sebuah lori yang diparkir di tepi jalan berhampiran Taman Permata, Jalan Felda Taib Andak pada malam Sabtu.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penguasa Bomba Kanan II (KUP) Mohd Firdaus Juritah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.36 malam sebelum sebuah jentera FRT, sebuah unit EMRS dan lapan anggota digerakkan ke lokasi.
“Setibanya pasukan di tempat kejadian pada 10.43 malam, didapati sebuah Honda City terbabas lalu merempuh lori lima tan jenis Hino.
“Pemandunya hanya mengalami kecederaan dan sudah dibantu orang awam keluar dari kenderaan. Bagaimanapun, penumpang di bahagian hadapan meninggal dunia dengan kepalanya terpisah daripada badan di lokasi tersebut” katanya.
Tambah beliau, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi kawalan ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.20 malam.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?