Rakyat Malaysia bakal boleh menyemak kelayakan mereka untuk menerima subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi Madani (Budi95) secara atas talian bermula esok, 25 September.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata semakan boleh dibuat melalui laman web rasmi www.budimadani.gov.my, yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor MyKad bagi mengetahui kelayakan mereka.
Menurut beliau, rakyat akan dapat menikmati harga subsidi selepas melalui tiga langkah mudah iaitu pengesahan MyKad, pembayaran, dan seterusnya mengisi minyak.
Bagi penggunaan pertama kali, pengaktifan MyKad perlu dilakukan sama ada di pam minyak atau di kaunter stesen minyak yang dilengkapi terminal khas. Selain itu, pengesahan juga boleh dibuat melalui aplikasi e-wallet terpilih dan aplikasi rasmi syarikat minyak yang mengambil bahagian.
Amir Hamzah menjelaskan, kerajaan menetapkan had subsidi sehingga 300 liter sebulan, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia. Katanya, jika had ditetapkan pada 140 liter, hanya 90% rakyat Malaysia akan menikmati manfaat ini, namun dengan jumlah 300 liter, ia mampu meliputi hampir 99% penduduk.
Beliau turut menambah, pengguna dijangka dapat menjimatkan antara RM183 hingga RM228 sebulan, bergantung pada harga semasa RON95 yang dianggarkan sekitar RM2.60 hingga RM2.75 seliter berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM). – The Star
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?