NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Treler Hilang Kawalan, Ragut Nyawa Pemandu Kereta

Treler Hilang Kawalan, Ragut Nyawa Pemandu Kereta

Sebuah treler hilang kawalan dan merempuh enam kenderaan lain di Jalan Kluang, Batu Pahat berhampiran Masjid Sabak Uni yang meragut nyawa seorang lelaki pagi Selasa lalu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Penguasa Bomba Hafizul Adzrin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati nahas melibatkan tujuh kenderaan dengan 12 mangsa terlibat. Sebuah kereta didapati terperosok di bawah treler, menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya.

Mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan menggunakan kren serta peralatan khas namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Hafizul, mangsa yang cedera terdiri daripada tiga penumpang lori jenis Isuzu, tiga individu menaiki Honda HR-V dan seorang penumpang lori Hicom. Kesemua mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, empat mangsa lain termasuk pemandu treler dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Astro Awani


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    2.5 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD