BUDI95: Hampir 3 Juta Pengguna Manfaat, Jualan Cecah RM91 Juta Dalam 4 Hari

BUDI95: Hampir 3 Juta Pengguna Manfaat, Jualan Cecah RM91 Juta Dalam 4 Hari

Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, malam tadi turun padang meninjau pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di Stesen Petronas Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Sehingga jam 6 petang semalam, hampir 3 juta pengguna telah memanfaatkan program ini dengan jumlah jualan mencecah hampir RM91 juta hanya dalam tempoh empat hari sejak ia dilaksanakan.

Dalam sesi lawatan tersebut, Amir Hamzah turut berinteraksi dengan pengguna serta pengusaha stesen minyak bagi mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai keberkesanan program.

Beliau menegaskan bahawa Kementerian Kewangan akan terus memantau pelaksanaan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat menikmati manfaat subsidi dengan mudah dan lancar.

Program BUDI95 mula dilaksanakan secara berperingkat sejak 27 September 2025. Bermula hari ini, seramai 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu sah layak menikmati subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter, dengan had kelayakan individu sehingga 300 liter sebulan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD