passionately driven

Pam Minyak Terbakar di Stesen Buraq Oil, Kedah

Pam Minyak Terbakar di Stesen Buraq Oil, Kedah

Kejadian cemas berlaku di Stesen Minyak Buraq Oil, Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling, Kedah, malam tadi apabila sebuah pam minyak petrol terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.52 malam sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi.

Beliau berkata, operasi diketuai bersama Pegawai Bomba Kanan I, Samsari Ibrahim bersama lapan anggota BBP Baling, tiba tidak lama selepas menerima maklumat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, kami dapati api sedang marak pada sebuah pam minyak di bahagian hadapan stesen. Kebakaran disedari oleh pekerja stesen yang ternampak api sebaik sebuah kenderaan selesai mengisi minyak,” katanya hari ini.

Beliau juga berkata, tindakan pantas anggota bomba bersama Pasukan Bomba Sukarela Kampung Lalang dan Belia 4B berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya sebelum merebak ke keseluruhan kawasan stesen minyak, sekali gus mengelakkan kejadian lebih serius.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD