NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Remaja Lelaki Maut dalam Kemalangan Melibatkan Enam Kenderaan

Remaja Lelaki Maut dalam Kemalangan Melibatkan Enam Kenderaan

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 75.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Ayer Hitam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa, Muhammad Ammar Zafran Khairul Nizam, yang merupakan pembonceng motosikal, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.

Menurut beliau, insiden yang berlaku pada jam 2.30 pagi itu melibatkan sebuah bas, sebuah kereta, sebuah van serta tiga buah motosikal.

“Kemalangan awal dipercayai membabitkan tiga motosikal, menyebabkan penunggang dan pembonceng salah sebuah motosikal tercampak ke atas jalan raya. Keadaan itu mengakibatkan kemalangan susulan apabila sebuah bas, kereta dan van yang datang dari arah sama gagal mengelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa penunggang motosikal yang sama, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, mengalami kecederaan pada tangan dan kaki.

Kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy