Anggota Bomba Maut Akibat Terlanggar Kerbau

Anggota Bomba Maut Akibat Terlanggar Kerbau

Seorang pegawai bomba maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh seekor kerbau di Kilometer 85, Jalan Ladang Gajah Mati, Terengganu, pada malam Sabtu.

Mohamad Kamil Mat Jusoh dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMDS), disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan kira-kira pada 7.25 malam.

Ketua Polis Daerah Dubngun, Superintendan Maizura Abdul Kadir memaklumkan, mangsa, Mohamad Kamil, difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Selesa, AMBS selepas menghadiri program Hari Pencegahan Kebakaran peringkat Terengganu di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Menurutnya lagi, ketika melalui lokasi kejadian, motosikal Kawasaki Z250 SL yang ditunggang mangsa dipercayai tidak sempat mengelak seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba, menyebabkan perlanggaran dan mangsa tercampak dari motosikalnya. 

Sementara itu, ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS,, Mohd Izuddin Mahmood, mengatakan kehilangan Mohamad Kamil sebagai satu kehilangan besar buat seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD