Seorang lelaki berusia 39 tahun meninggal dunia selepas kereta Perodua Bezza yang dipandunya bertembung dengan treler membawa muatan simen mentah di Jalan Chemor, Perak pada awal pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.48 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh digerakkan ke lokasi, kira-kira 13 kilometer dari balai.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” katanya.
Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan pemotong hidraulik bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi selesai sepenuhnya kira-kira sejam selepas kejadian.
Sumber: Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?