NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Mangsa Disyaki Terperangkap Dalam Kereta Terjunam Ke Sungai Panchor

Seorang Mangsa Disyaki Terperangkap Dalam Kereta Terjunam Ke Sungai Panchor

Seorang individu dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang terjunam ke dalam Sungai Panchor, di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, PBK I Nor Alfatah Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.42 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati sebuah kereta berwarna hitam telah terjunam ke dalam sungai dipercayai akibat kemalangan jalan raya.

“Menurut maklumat awal daripada saksi, terdapat seorang mangsa, dipercayai pemandu, masih berada di dalam kenderaan berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Alfatah memaklumkan bahawa operasi turut mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Muar, manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintenden Muhammad Aidil Roneh Abdullah, ketika dihubungi berkata operasi SAR masih diteruskan.

“Setakat ini, kami belum dapat pastikan sama ada mangsa yang terlibat seorang atau pasangan suami isteri,” katanya ringkas.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy