NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

‘Cucuk-Cucuk’ Akhirnya Tersungkur Dalam Longkang

‘Cucuk-Cucuk’ Akhirnya Tersungkur Dalam Longkang

Padah memandu secara melulu, seorang pemandu kereta sport akhirnya ‘berkubur’ di longkang selepas aksi berbahayanya tidak menjadi.

Menerusi rakaman dashcam yang tular di Facebook Sukan Star TV, kereta Toyota Supra berwarna merah itu dilihat memecut laju dan memotong kenderaan lain dengan gaya mencabar sebelum hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang.

Kejadian dipercayai berlaku di Taman Sri Gombak petang tadi, namun setakat ini belum dapat dipastikan keadaan pemandu berkenaan.

Aksi tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai warganet menyifatkan insiden itu sebagai pengajaran buat pemandu yang gemar ‘cucuk-cucuk’ kenderaan orang lain di jalan raya.

“Lagak di jalanan berakhir dalam longkang. Kesimpulannya, jangan selalu mendongak ke langit,” tulis Zuraimibakir Zuraimi.

“Tak pernah serik, tak pernah insaf, tak pernah belajar daripada kesilapan sendiri,” kata Poly Norbert.

Sementara itu, NurNazmi Nasir berseloroh: “Puas hati tengok, dah lama teringin tengok orang yang suka cucuk-cucuk ni masuk longkang.”

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy