MG Motor Malaysia mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila model MGS5 EV menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP sempena International Conference on Safety and Holistic Innovation for Future Vehicles (SHIFT 2025) yang berlangsung di Bangi Resort Hotel.
SHIFT 2025, anjuran bersama ASEAN NCAP dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), menjadi platform penting yang menyatukan pihak industri dan akademik dalam usaha memperkukuh inovasi serta keselamatan automotif di rantau ini.
Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, pengiktirafan itu membuktikan komitmen syarikat terhadap standard keselamatan tertinggi.
“Kami berbesar hati menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP untuk MGS5 EV. Ia mencerminkan dedikasi kami terhadap kualiti dan keselamatan. Menjelang fasa pemasangan tempatan tidak lama lagi, pencapaian ini menjadi dorongan untuk terus menghasilkan kenderaan yang menepati piawaian keselamatan antarabangsa di jalan raya Malaysia,” katanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?