NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Porsche ‘Terpacak’ Atas Motor Dalam Kemalangan Libat 4 Kenderaan

Porsche ‘Terpacak’ Atas Motor Dalam Kemalangan Libat 4 Kenderaan

Sebuah kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk SUV mewah Porsche Macan mengejutkan orang ramai di Jalan Mount Erskine, Pulau Pinang semalam apabila kenderaan itu dilihat “terpacak” di atas sebuah motosikal.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, insiden berlaku sekitar jam 8.10 pagi tadi ketika sebuah Toyota Avanza sedang bergerak dari arah Mount Erskine menuju ke Batu Uban.

“Tiba-tiba Porsche Macan dari arah bertentangan masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Toyota Avanza serta dua buah motosikal,” katanya.

Akibat perlanggaran itu, dua penunggang motosikal berusia 33 dan 48 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala kedua-dua pemandu, Porsche dan Avanza tidak cedera.

Siasatan awal mendapati pemandu SUV itu hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah motosikal lain yang memasuki laluannya. Pemeriksaan lanjut juga mendapati pemandu terbabit negatif dadah dan alkohol, serta tiada bukti menggunakan telefon ketika kejadian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: MalaysiaGazette

Azfar Zamri

Azfar Zamri merupakan antara tenaga kreatif meja editorial NAZZ&CO™ Media yang banyak menumpukan kepada pelaporan berita automotif harian. Beliau bertanggungjawab memastikan setiap informasi terkini, siaran media korporat, dan perkembangan landskap permotoran negara disampaikan dengan tepat kepada pembaca.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy