NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bas Tragedi UPSI – Syarikat Disabit Salah, Didenda RM20,000

Bas Tragedi UPSI – Syarikat Disabit Salah, Didenda RM20,000

Syarikat bas Kenari Utara Travel & Tours Sdn. Bhd. didenda RM20,000 selepas didapati bersalah melanggar syarat lesen dan menyewakan permit bas persiaran mereka kepada pihak yang tidak berlesen.

Bas bernombor pendaftaran PLD 8892 itu sebelum ini terlibat dalam kemalangan maut di Gerik, yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), syarikat berkenaan menjual bas serta menyewakan permit kepada Noreen Maju Trading, sebuah entiti yang menjalankan perniagaan pengendalian pelancongan tanpa lesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Mahkamah Majistret Gerik pada 3 November lalu menjatuhkan hukuman denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan, dengan kegagalan membayar boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Zulaikha Mahadi bersama Pegawai Pendakwa MOTAC Nurul Hidayah Aman.

MOTAC dalam kenyataannya menegaskan bahawa pelanggaran Akta 482 adalah kesalahan jenayah serius dan pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang menjejaskan keselamatan serta integriti industri pelancongan negara.

Kemalangan tragis itu melibatkan bas sewa khas yang membawa pulang pelajar UPSI dari Jertih, Terengganu ke kampus Tanjong Malim. Insiden di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding itu turut mencederakan 33 mangsa lain, termasuk pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sumber: MalaysiaGazette

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD