Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, mengakui bahawa dia tidak lagi mengingati jumlah sebenar kereta yang dimilikinya selepas menambah satu lagi model mewah, Bugatti Tourbillon bernilai £3.2 juta (RM17.51 juta) ke dalam koleksi kereta eksklusifnya yang kini dianggarkan mencecah £22 juta (RM120.4 juta).
Dalam temu bual bersama Piers Morgan, pemain berusia 40 tahun yang baru-baru ini dinobatkan sebagai atlet bilionair pertama dunia itu mendedahkan bahawa dia sendiri tidak tahu berapa banyak supercar yang tersimpan di garaj kediamannya di Arab Saudi.
“Secara jujur, saya tak ingat,” katanya sambil ketawa.
“Kalau saya perlu meneka, mungkin sekitar 40 atau 41 buah. Saya sangat meminati Bugatti, mereka menghasilkan jentera yang luar biasa.”
Bugatti Tourbillon yang baru dibelinya itu kini menjadi tambahan terbaharu dalam koleksi kereta mewah peribadinya, yang dianggap antara paling berharga di dunia sukan.
Ronaldo menjelaskan bahawa pembelian tersebut dibuat sebagai satu bentuk pelaburan, memandangkan nilai kenderaan eksklusif seperti itu terus meningkat dari masa ke masa. Dengan kekayaan yang dimilikinya, isu minyak atau penyelenggaraan jelas bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.
Dengan penambahan Bugatti tersebut, nilai keseluruhan koleksi keretanya meningkat daripada £19 juta tahun lalu kepada £22 juta, menegaskan lagi statusnya sebagai antara figura paling mewah dan berpengaruh dalam dunia bola sepak moden. – Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?