Seorang wanita maut manakala suami dan anak perempuannya cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 44.2 Lebuhraya Karak–Kuala Lumpur, pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 8.26 pagi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta dari arah Kuala Lumpur menuju Kuantan, dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun bersama dua penumpang — isterinya, Norhanis Abd Manan, 31, dan anak perempuan mereka berusia enam tahun,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurut beliau, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, masuk ke dalam longkang, berpusing dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.
Mangsa, Norhanis disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya hanya mengalami kecederaan ringan. Anak mereka pula cedera di bahagian kepala dan mengalami patah tangan.
Polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian tampil membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?