Projek sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) bernilai RM1.7 bilion dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi menjelang tahun 2029. Laluan sepanjang 6.4 kilometer (atau 15 kilometer termasuk jejambat arah) ini akan menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada Kuala Lumpur Traffic Master Plan 2040 dan bertujuan mengurangkan kesesakan di koridor Pantai Dalam–Bangsar–Mahameru.
“Apabila siap dalam tempoh 48 bulan, pengguna jalan raya dijangka dapat jimat masa perjalanan sehingga 25 minit dari Bangsar atau Mid Valley ke Subang Jaya berikutan peningkatan tahap perkhidmatan jalan,” katanya semasa majlis pecah tanah projek di Plaza Tol Pantai Dalam, pada Rabu.
Menurut beliau, lebuh raya baharu itu juga dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi setempat di kawasan Pantai Dalam, Bangsar dan Lembah Pantai, selain membuka peluang baharu dalam sektor perumahan, perdagangan dan perkhidmatan.
Projek ini akan dibiayai sepenuhnya oleh New Pantai Expressway Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, tanpa sebarang pembiayaan daripada kerajaan.
“Ini contoh jelas kejayaan kerjasama awam-swasta dalam pembangunan infrastruktur mampan,” katanya.
Mengulas mengenai pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa palang (multi-lane free flow atau MLFF), Nanta berkata sebanyak enam syarikat telah menyatakan minat untuk membida projek berkenaan.
“Sistem MLFF akan dilaksanakan secara perniagaan-ke-perniagaan, membolehkan penyedia perkhidmatan berurusan terus dengan konsesi lebuh raya sedia ada,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa kerajaan sedang meneliti penggunaan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lebih lancar dan selamat. – The Edge Malaysia
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?