NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

KKR

Lebih 54,000 Kes Kerosakan Jalan Dilaporkan Menerusi MYJalan

Lebih 54,000 Kes Kerosakan Jalan Dilaporkan Menerusi MYJalan

Aplikasi MYJalan merekodkan sebanyak 54,055 aduan berkaitan kerosakan jalan sepanjang tempoh Ogos 2023 hingga Januari 2026, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. Daripada jumlah tersebut, 16,671 aduan (30.8 peratus) melibatkan Jalan Persekutuan, lebuh raya dan jalan negeri di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR). Selebihnya melibatkan jalan yang berada di bawah tanggungjawab […]

Tol Diskaun 50 Peratus Selama Dua Hari Sempena Sambutan Krismas

Tol Diskaun 50 Peratus Selama Dua Hari Sempena Sambutan Krismas

Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna lebuh raya di seluruh negara selama dua hari, bermula 23 hingga 24 Disember 2025, bersempena sambutan Hari Krismas yang bakal diraikan pada Khamis ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif itu mencerminkan semangat perpaduan Malaysia Madani selain membantu meringankan kos perjalanan […]

12 Lebuhraya Catat Kerugian Pada 2024 – Ahmad Maslan

12 Lebuhraya Catat Kerugian Pada 2024 – Ahmad Maslan

Seramai 12 syarikat konsesi tol di seluruh negara direkodkan mengalami kerugian pada tahun 2024, menurut pembentangan di Dewan Rakyat semalam. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, sebarang cadangan membina lebuh raya baharu perlu diteliti secara serius kerana jika projek tersebut gagal menjana keuntungan, akhirnya kerajaan yang terpaksa menanggung kerugian apabila mengambil […]

KKR Belum Terima Cadangan Rasmi daripada Genting Mengenai Tol atau Caj Masuk Kenderaan

KKR Belum Terima Cadangan Rasmi daripada Genting Mengenai Tol atau Caj Masuk Kenderaan

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa mereka belum menerima apa-apa permohonan rasmi daripada Genting Malaysia Berhad berhubung cadangan mengenakan tol atau sebarang caj baharu untuk akses ke kawasan milik mereka. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata setakat ini tiada dokumen atau cadangan rasmi dikemukakan kepada kementerian. “Setakat sekarang, saya belum terima apa-apa proposal daripada […]

Kerajaan Sedia Pinda Tiga Akta Untuk Laksana Sistem Tol MLFF Tahun Depan – Ahmad Maslan

Kerajaan Sedia Pinda Tiga Akta Untuk Laksana Sistem Tol MLFF Tahun Depan – Ahmad Maslan

Kerajaan dijangka membentangkan pindaan terhadap tiga undang-undang pada sidang Parlimen tahun depan bagi membolehkan pelaksanaan sistem kutipan tol aliran laju berbilang lorong (MLFF), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan. Tiga akta terlibat ialah Akta Jalan Persekutuan 1959, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia 1980. Menurutnya, antara perkara penting yang […]

Lebuhraya Sambungan NPE 2 Dijangka Siap Menjelang 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan di Kuala Lumpur

Lebuhraya Sambungan NPE 2 Dijangka Siap Menjelang 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan di Kuala Lumpur

Projek sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) bernilai RM1.7 bilion dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi menjelang tahun 2029. Laluan sepanjang 6.4 kilometer (atau 15 kilometer termasuk jejambat arah) ini akan menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada Kuala Lumpur […]

JPJ Terima Pelekat RFID Khas Untuk Pengecualian Tol Kenderaan Penguatkuasa

JPJ Terima Pelekat RFID Khas Untuk Pengecualian Tol Kenderaan Penguatkuasa

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Bahagian Penguatkuasa semalam menerima pelekat RFID khas yang memberi pengecualian bayaran tol bagi kenderaan rasmi penguatkuasa. Majlis penyerahan diadakan di Lobi Blok A, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 3.30 petang. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kanan Penguatkuasa, YBrs. Tuan Muhammad Kifli bin Ma Hassan bersama […]

Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Pakej 2B Kembali Lancar, Kurangkan Masa Perjalanan Sehingga 2.5 Jam

Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai Pakej 2B Kembali Lancar, Kurangkan Masa Perjalanan Sehingga 2.5 Jam

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, memaklumkan kerja-kerja pembinaan Projek Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai (KBKK) bagi Pakej 2B, dari Ketereh ke Kok Lanas, kini kembali berjalan lancar selepas mengalami penangguhan sebelum ini. Pakej ini melibatkan pembinaan jalan berkembar empat lorong sepanjang 6.2 kilometer mengikut piawaian JKR R5, dengan kos semasa RM73.7 juta. Projek […]

LLM Nafi Dakwaan Motosikal Akan Dikenakan Tol Mulai Oktober – Berita Palsu

LLM Nafi Dakwaan Motosikal Akan Dikenakan Tol Mulai Oktober – Berita Palsu

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan bahawa penunggang motosikal akan terus dikecualikan daripada membayar tol. Penjelasan ini dibuat selepas satu hantaran media sosial pada 9 Ogos 2025 mendakwa penunggang motosikal akan mula dikenakan tol bermula Oktober. Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, LLM memaklumkan tiada sebarang perubahan pada dasar tol sedia ada, termasuk pengecualian untuk motosikal. […]

PLUS Bakal Mula Ujian Perintis Sistem Pembayaran Tol Tanpa Palang Guna ANPR Bermula Oktober

PLUS Bakal Mula Ujian Perintis Sistem Pembayaran Tol Tanpa Palang Guna ANPR Bermula Oktober

Malaysia kini semakin hampir ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa palang, atau Multi-Lane Fast Flow (MLFF), yang dijangka diperkenalkan pada tahun 2027. Sebagai persediaan, pihak PLUS Malaysia akan memulakan ujian perintis untuk sistem Automatic Number Plate Recognition (ANPR) bermula Oktober ini. Fasa percubaan akan dimulakan di bahagian Utara lebuh raya, melibatkan laluan antara Plaza […]

Pilih Jenama Kereta

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy