Beberapa pelancong China meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kos hidup yang tinggi di Singapura, hingga ada yang mendakwa hanya mampu makan sekali sehari sepanjang percutian.
Perbincangan mengenai isu ini tular di media sosial China seperti RedNote dan Weibo, apabila ramai berkongsi pengalaman tentang harga makanan dan minuman yang dianggap terlalu mahal. Antara yang disebut termasuk teh limau S$0.82 (RM2.60), air mineral S$3.07 (RM9.72), sandwic S$10.24 (RM32.44) dan hidangan makanan laut untuk dua orang yang boleh mencecah S$614 (RM1,947).
Ada juga yang mengaku ‘kurus bajet’ selepas hanya makan sarapan percuma di hotel dan menahan lapar hingga malam. Tambang teksi sejauh 10 minit pula dilaporkan sekitar S$20.49 (RM64.91).
Menurut Pengasas Let’s Go Tour Singapore, Robin Loh, Singapura sering dianggap mahal kerana perbandingan dengan negara jiran yang kos sara hidupnya jauh lebih rendah. Pakar ekonomi UOB, Jester Koh, menambah nilai dolar Singapura yang meningkat 6–7 peratus berbanding yuan sejak 2023 turut mempengaruhi persepsi tersebut.
Laporan Global Wealth & Lifestyle Report 2025 menobatkan Singapura sebagai bandar paling mahal di dunia, dengan perbelanjaan bulanan individu dianggarkan sekitar S$1,506 (RM5,762).
Walau bagaimanapun, ada netizen tetap memuji Singapura atas kebersihan, keselamatan dan peraturan yang ketat. Seorang daripadanya menulis: “Syurga ada harganya, tiada yang murah di dunia ini.”
Meskipun isu harga menjadi bualan, Singapura kekal destinasi popular dengan 12.8 juta pelancong asing direkodkan dalam sembilan bulan pertama tahun ini termasuk 2.5 juta dari China.
Sumber: Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?