NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lamborghini Terbalik dan Terbakar, Jutawan Kripto Maut di Lebuh Raya Moscow

Lamborghini Terbalik dan Terbakar, Jutawan Kripto Maut di Lebuh Raya Moscow

Seorang jutawan mata wang kripto maut selepas kenderaan mewah dipandunya terbabas, terbalik dan terbakar dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Antarabangsa Moscow, awal pagi semalam.

Mangsa, Alexei Dolgikh, 36 tahun, dilaporkan memandu Lamborghini Urus pada kelajuan lebih 149 kilometer sejam sebelum hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan.

Menurut laporan The Sun UK, rakaman video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kereta itu melambung, terbalik dan meletup, menyebabkan serpihan serta wang kertas bertaburan di atas jalan raya.

Dolgikh dan seorang rakannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penumpang dilaporkan cedera parah.

Pihak Pejabat Pendakwa Raya Moscow mengesahkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Dolgikh telah menerima lebih 580 saman trafik, kebanyakannya kerana memandu laju, sejak membeli Lamborghini bernilai £329,000 (RM1.8 juta) itu kira-kira 15 bulan lalu.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy