Satu tragedi memilukan berlaku berhampiran Madinah apabila sebuah bas yang membawa jemaah umrah dari India berlanggar dengan lori tangki, mencetuskan kebakaran besar yang meragut 45 nyawa.
Kumpulan jemaah itu berasal dari Hyderabad dan tiba di Jeddah pada 9 November lalu untuk menunaikan umrah. Daripada 54 orang, hanya 46 menaiki bas tersebut dan yang lain bergerak secara berasingan atau masih berada di Mekah.
Nahas berlaku kira-kira 25 kilometer dari Madinah, sekitar jam 1.30 pagi waktu tempatan, sejurus selepas mereka selesai menunaikan ibadah umrah.
Tragisnya, hanya seorang penumpang terselamat dan kini dirawat di hospital.
Selepas kejadian, sukarelawan komuniti India segera bergerak ke beberapa hospital sekitar untuk membantu dan memberikan sokongan kepada mangsa serta keluarga yang terlibat.
Semoga semua mangsa ditempatkan di sisiNYA dan keluarga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?