Laluan utama di KM11.95 Jalan Gua Musang–Jeli terpaksa ditutup selepas berlaku runtuhan jalan sepanjang kira-kira 15 meter petang semalam. Kejadian dikesan sekitar 6.56 petang dan kedua-dua lorong kini langsung tidak boleh dilalui kerana dianggap berisiko tinggi.
Menurut polis, anggota yang membuat rondaan sekitar 7.48 malam menemui keadaan jalan sudah runtuh dan menutup laluan sepenuhnya. Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan lain dilaporkan.
JKR memaklumkan penutupan ini bermula 17 November dan akan berterusan sehingga tarikh baharu diumumkan. Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif yang disediakan:
• FT08 Jalan Gua Musang–Kota Bharu
• FT66 Jalan Kampung Sungai Sam–Jeli
• FT2743 Jalan Masuk ke Sungai Asap–Bertam–Meranto
Polis Daerah Gua Musang turut mengesahkan kejadian dan meminta semua pengguna jalan raya peka dengan arahan semasa.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?