Suzuki Fronx Hybrid Dilancarkan di Malaysia – Enjin 1.5L Mild-Hybrid, Jarak 700 km, fr RM148k

Suzuki Fronx Hybrid Dilancarkan di Malaysia – Enjin 1.5L Mild-Hybrid, Jarak 700 km, fr RM148k

Naza Eastern Motors telah melancarkan secara rasmi model Suzuki Fronx Hybrid di Malaysia, dengan satu pilihan enjin mild-hybrid pada harga RM147,888 (atas jalan tanpa insurans).

Model CBU dari Indonesia ini bersaiz 3,995 mm panjang, 1,765 mm lebar dan 1,550 mm tinggi, dengan jarak roda 2,520 mm. Saiznya sedikit lebih pendek tetapi lebih lebar daripada Perodua Ativa. Fronx Hybrid juga merupakan “adik-beradik” kepada Toyota Urban Cruiser Taisor yang dijual di pasaran luar.

Untuk kuasa, Fronx Hybrid menggunakan enjin 1.5L K15C NA bersama integrated starter generator (ISG), menghasilkan 103 PS dan 138 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan bersama paddle shifters. Dengan bateri lithium-ion dan tangki 37 liter, Suzuki mendakwa ia mampu mencapai jarak lebih 700 km (WLTP).

Suspensi menggunakan MacPherson strut di depan dan torsion beam di belakang, dengan jarak kelegaan tanah 170 mm. Ia dilengkapi rim 16 inci, lampu utama LED, DRL LED dan lampu belakang LED serta kemasan skid plate di luar.

Bahagian dalaman pula hadir dengan fabrik dua tona berserta kulit sintetik, stereng boleh laras tilt & reach, paddle shifters dan ruang but 308 liter (kerusi belakang 60:40). Sistem infotainmen menggunakan skrin 9 inci dengan wireless Apple CarPlay & Android Auto, serta pengecas tanpa wayar.

Ciri keselamatan dan ADAS lengkap termasuk:

• Adaptive cruise control
• Blind spot monitor
• Rear cross traffic alert
• Lane departure warning & prevention
• Lane keep assist
• High beam assist
• Hill hold control
• 6 airbags
• ESC, ABS, EBD, ISOFIX

7 warna ditawarkan termasuk Pearl Mellow Deep Red, Cool Black, Pearl Snow White, Magma Gray dan tiga pilihan two-tone (Rising Orange, Ice Grayish Blue, Savanna Ivory) dengan bumbung hitam. Model ini turut menerima 5 bintang ASEAN NCAP.

Suzuki turut menawarkan promosi sehingga 31 Disember 2025 iaitu:

• Rebat RM4,000
• Pakej aksesori Suzuki (roof rack, roof basket, door visor) 
• Servis percuma 3 tahun

Waranti yang ditawarkan ialah 3 tahun/100,000 km untuk kenderaan dan 5 tahun/100,000 km untuk bateri hibrid.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD