Tiga orang terbunuh selepas dua lori dan sebuah kereta bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Senai–Seelong semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata kemalangan berlaku pada pukul 4.15 petang apabila sebuah lori melanggar belakang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 68 tahun bersama tiga wanita berumur 65 hingga 87 tahun.
Himpitan akibat pelanggaran itu membuatkan kedua-dua kenderaan tersebut terhumban ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori lain yang dalam perjalanan berlawanan, dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun.
Menurut kenyataan, pemandu lori berusia 23 tahun itu maut di tempat kejadian. Seorang lagi pemandu lori dan seorang penumpang wanita dari kereta itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.
Pemandu kereta dan dua penumpang lagi dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut.
Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di 017-7573507 atau melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. Siasatan lanjut sedang dijalankan. – The Star
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh