NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

KKR Belum Terima Cadangan Rasmi daripada Genting Mengenai Tol atau Caj Masuk Kenderaan

KKR Belum Terima Cadangan Rasmi daripada Genting Mengenai Tol atau Caj Masuk Kenderaan

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan bahawa mereka belum menerima apa-apa permohonan rasmi daripada Genting Malaysia Berhad berhubung cadangan mengenakan tol atau sebarang caj baharu untuk akses ke kawasan milik mereka.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata setakat ini tiada dokumen atau cadangan rasmi dikemukakan kepada kementerian.

“Setakat sekarang, saya belum terima apa-apa proposal daripada Genting,” katanya selepas merasmikan program Board of Architects Malaysia Townhall 2.0.

Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, di Parlimen semalam yang menyarankan penggunaan istilah “caj masuk” bagi menggantikan perkataan “tol” supaya tidak mengelirukan orang ramai.

Nanta bersetuju dengan cadangan itu kerana istilah “tol” biasanya dikaitkan dengan lebuh raya, manakala “caj masuk” lebih mudah difahami.

Sebelum ini, Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan mengenakan caj kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands, dengan tarikh pelaksanaan akan diumumkan kemudian.

Ahmad turut menasihati supaya Genting menetapkan pengecualian yang adil — contohnya mengenakan caj hanya kepada pengunjung yang masuk untuk tujuan rekreasi, dan bukan kepada semua pengguna jalan. – Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy