NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Indonesia ‘Panas’ Tradisi 100 Tahun Didakwa Cuba Dituntut Malaysia

Indonesia ‘Panas’ Tradisi 100 Tahun Didakwa Cuba Dituntut Malaysia

Isu mengenai tradisi Pacu Jalur di Riau kembali jadi topik hangat di Indonesia selepas tular dakwaan kononnya budaya perlumbaan perahu panjang itu cuba “dituntut” oleh rakyat Malaysia.

Lapor Detik, sekumpulan netizen Indonesia mendakwa Malaysia ingin mengambil hak warisan tersebut, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Susulan kecoh itu, Gabenor Riau, Abdul Wahid tampil menegaskan bahawa Pacu Jalur adalah warisan asli masyarakat Kuantan Singingi.

Menurutnya, sejarah tradisi tersebut sudah bermula sejak tahun 1890, malah kemungkinan lebih awal.

“Budaya memang boleh bercampur, tapi kalau ikut sejarah dan bukti yang ada, Pacu Jalur ini berasal dari Kuantan Singingi. Ia sudah ada sejak era penjajahan Belanda,” katanya.


Lambang Tradisi Lebih Sebad

Pacu Jalur bukan sekadar perlumbaan air biasa. ‘Jalur’ — perahu panjang yang digunakan — dahulunya menjadi pengangkutan utama masyarakat tempatan untuk membawa hasil tani dan barang dagangan di sepanjang Sungai Kuantan.

Nama ‘jalur’ dipercayai lahir daripada perkataan ‘menjulur’, merujuk kepada bentuk perahunya yang panjang dan tirus.

Pada zaman kolonial Belanda, perlumbaan ini turut dijadikan acara rasmi, termasuk sempena ulang tahun Ratu Wilhelmina.


Kini Acara Kebangsaan Indonesia

Hari ini, Pacu Jalur sudah menjadi acara bertaraf nasional dan diadakan setiap tahun menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia. Ribuan pengunjung akan berkumpul menyaksikan perlumbaan bersejarah ini.

Pada tahun 2014, Pacu Jalur turut diiktiraf sebagai Warisan Budaya Takbenda oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset dan Teknologi Indonesia (Kemendikbudristek).

Sumber: VOCKET

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy