Nama Maluri bukan asing bagi warga Kuala Lumpur — sebuah kawasan pesat yang menghubungkan Cheras dengan pusat bandar serta menjadi tumpuan komersial sejak puluhan tahun lalu. Namun, tidak ramai yang tahu asal-usul nama unik itu.
Dalam satu temu bual bersama podcast Keluar Sekejap, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada Tun Daim Zainuddin, mendedahkan bahawa Maluri sebenarnya adalah sebuah akronim. Semuanya bermula selepas Tun Daim mengalami kerugian dalam perniagaan garam dan beralih kepada beberapa cabang perniagaan baharu, termasuk makanan.
“Nama Maluri berasal daripada perniagaan makanan beliau. Ia adalah akronim kepada ‘Makanan Luar Negeri’,” jelas Toh Puan Na’imah.
Pada awal 1970-an, Tun Daim menubuhkan Syarikat Maluri Sdn. Bhd. untuk menceburi bidang pembangunan tanah. Melalui syarikat itu, lahirlah projek-projek perumahan seperti Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri yang kini menjadi antara kawasan kediaman popular di Kuala Lumpur.
Memasuki era 1980-an dan 1990-an, Maluri terus berkembang pesat. Pembinaan pusat beli-belah AEON Maluri (dahulu Jaya Jusco) menjadi pemangkin utama, menjadikan kawasan itu salah satu mercu tanda komersial terawal di bahagian timur ibu negara.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?