Kegembiraan sepasang anak muda menaiki kereta mewah sewa tidak bertahan lama apabila Nissan GT-R yang mereka gunakan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kenderaan itu ditahan ketika melalui susur keluar MRR2 dari Tol Gombak menghala ke Batu Caves. Hasil pemeriksaan mendapati kereta tersebut melanggar dua kesalahan utama:
Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh pada 14 November 2025
Tiada perlindungan insurans aktif
Berikutan itu, kereta berkenaan disita untuk siasatan dan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.
JPJ WPKL dalam kenyataan memaklumkan bahawa mereka sentiasa memantau aduan orang awam dan memastikan setiap kenderaan mematuhi peraturan jalan raya.

“Sebarang aduan kesalahan lalu lintas boleh disalurkan ke aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform e-aduan dengan menyertakan butiran lengkap pengadu serta maklumat aduan,” ujar JPJ WPKL.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?