Chery Tawar Promosi Akhir Tahun 2025, Rebat Sehingga RM15,000 dan Waranti Bateri PHEV Percuma

Chery Tawar Promosi Akhir Tahun 2025, Rebat Sehingga RM15,000 dan Waranti Bateri PHEV Percuma

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2025 — Menjelang sambutan hujung tahun, Chery Malaysia hadir dengan kempen promosi paling menarik setakat ini, menawarkan rebat lumayan serta waranti bateri lanjutan secara percuma khusus untuk model-model PHEV. Kempen ini dijangka menarik perhatian para pembeli yang ingin memulakan tahun 2026 dengan kenderaan baharu serba canggih.

Rebat Sehingga RM15,000 untuk Pelbagai Model Chery

Kempen tahun ini menampilkan tawaran menarik merangkumi pelbagai model SUV popular Chery. Antara yang menerima potongan tertinggi ialah TIGGO 8 PRO, model flagship jenama tersebut, dengan rebat sehingga RM15,000. SUV ini terkenal dengan keselesaan premium, teknologi terkini dan prestasi mantap yang sesuai untuk keluarga besar.

Turut ditawarkan ialah:

  • TIGGO 7 PRO – Rebat RM10,000

  • TIGGO CROSS HEV / Turbo – Rebat RM5,000

  • TIGGO 7 PHEV & TIGGO 8 PHEV – Rebat RM5,000

(TIGGO 7 PHEV)

(TIGGO 8 PHEV)

Model-model PHEV baharu Chery yang memperkenalkan pemanduan elektrik hibrid menjadi antara SUV paling kompetitif dalam segmen masing-masing, menawarkan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,200KM dengan tangki penuh dan cas penuh.

Uji Pandu & Menang Hadiah Bernilai RM200,000

Untuk menambahkan kemeriahan hujung tahun, pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana model PHEV antara 9 Disember 2025 hingga 6 Januari 2026 akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM200,000. Hadiah utama ialah sebuah TIGGO CROSS HEV, menjadikan kempen ini antara yang paling menarik untuk peminat automotif tempatan.

Selain peluang memenangi hadiah, pelanggan juga dapat merasai sendiri teknologi Chery Super Hybrid, yang menggabungkan kuasa elektrik dan petrol untuk prestasi lebih lancar, pecutan segera, serta penggunaan bahan api yang optimum.

Waranti Bateri PHEV Percuma 10 Tahun / 200,000KM

Satu lagi tawaran utama kempen adalah waranti bateri lanjutan secara percuma khas untuk semua pembelian TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV sepanjang bulan Disember.

Waranti lanjutan bernilai RM3,000 ini meliputi:

  • Battery power pack

  • Power motor

  • Vehicle control unit

Lebih menarik, pelanggan yang sudah membeli model PHEV sejak pelancarannya pada Oktober lalu turut layak menerima naik taraf waranti ini secara percuma.

Tawaran ini membuktikan komitmen Chery dalam memberi keyakinan jangka panjang kepada pemilik PHEV, khususnya mereka yang bimbang mengenai kos penyelenggaraan bateri.

Chery Terus Kukuhkan Kedudukan di Malaysia

Sejak memasuki pasaran tempatan, Chery semakin mendapat tempat di kalangan pengguna Malaysia dengan rangkaian SUV keluarga yang menawarkan nilai hebat, teknologi moden dan keselamatan bertaraf global.

Chery Automobile Co., Ltd. — syarikat induk Chery Malaysia — kini merupakan jenama eksport nombor satu China selama 22 tahun berturut-turut, dan terus berkembang di lebih 80 negara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.chery.my atau ikuti Chery Malaysia di Facebook.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD