Dari Takut Berniaga ke 100 Cawangan: Rahsia Kejayaan Muezza Academy

Dari Takut Berniaga ke 100 Cawangan: Rahsia Kejayaan Muezza Academy

Siapa kata orang Melayu tidak pandai berniaga? Hakikatnya, ramai bukan tidak pandai, tetapi takut untuk mencuba dan keluar dari zon selesa. Namun kisah kejayaan Muezza Academy membuktikan bahawa dengan strategi yang betul, perniagaan Melayu mampu berkembang pantas hingga ratusan cawangan.

Dalam tempoh hanya beberapa tahun, Muezza Academy kini memiliki lebih 100 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, merangkumi akademi memanah, renang dan sukan lain yang berkonsepkan pendidikan berstruktur.

Konsep Unik: Swimming Pool Dalam Bangunan Di Cawangan Melaka

Salah satu tarikan utama Muezza Academy ialah konsep kolam renang indoor yang dibina di dalam bangunan. Menurut CEO Muezza Academy, Tuan Anas, konsep ini dibangunkan khas untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun, dengan fokus kepada keselamatan dan pembelajaran sistematik.

“Ini adalah cawangan pertama kami untuk swimming. Di bahagian atas ada akademi memanah, manakala di bawah pula kolam renang,” jelas beliau.

Buat masa ini, Muezza Academy mempunyai kira-kira 76 cawangan memanah, dan perancangan sedang dibuat untuk memperluaskan konsep renang ke lebih banyak cawangan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Model Perniagaan Seperti Sekolah, Bukan Kelas Biasa

Berbeza dengan pusat sukan biasa, Muezza Academy menggunakan model pendidikan seperti sekolah atau tadika, di mana setiap pelajar mengikuti modul berperingkat — beginner, intermediate dan advanced.

Modul ini dibangunkan hasil kolaborasi bersama institusi pendidikan termasuk UiTM, dengan tempoh pembelajaran minimum satu tahun bagi setiap peringkat.

“Bila pelajar dah daftar, mereka perlu komited sekurang-kurangnya setahun. Jadi pendapatan bulanan kami lebih konsisten,” kata Anas.

Setiap cawangan juga dijamin purata 100 pelajar sebulan, sekali gus memastikan aliran pendapatan yang stabil.

Sistem Digital & Pengurusan Profesional

Muezza Academy turut membangunkan aplikasi khas bagi memudahkan pemantauan prestasi pelajar, pembayaran bulanan serta laporan perniagaan. Rakan niaga boleh melihat jumlah pelajar dan prestasi cawangan secara telus setiap bulan.

Dari segi pengurusan, Muiza Academy beroperasi secara korporat dengan SOP seragam, latihan staf berterusan serta sistem laporan kewangan yang kemas.

Kini, Muezza Academy mempunyai:

  • 39 staf pengurusan

  • Lebih 200 jurulatih di seluruh Malaysia

  • Pasukan khusus bagi akaun, pemasaran, jualan, kandungan dan kredit

Peluang Rakan Niaga & Pelaburan

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai perniagaan ini, Muiza Academy membuka peluang melalui konsep licensing atau rakan niaga, hampir menyerupai francais tetapi dengan pengurusan penuh oleh pihak pusat.

“Rakan niaga tak perlu urus staf, marketing atau operasi. Semua kami urus dari A sampai Z,” jelas Anas.

Rakan niaga akan menerima komisen atau dividen bulanan, lengkap dengan laporan prestasi dan kewangan.

Proses penyertaan bermula dengan:

  1. Mengikuti sesi taklimat secara dalam talian

  2. Meneliti perjanjian bersama peguam

  3. Sesi tandatangan MOU secara rasmi

Rahsia Kembang ke 100 Cawangan

Menurut Anas, terdapat tiga faktor utama kejayaan Muezza Academy:

  1. Pasukan yang kuat dan stabil – perniagaan ibarat pasukan bola sepak

  2. Strategi penjenamaan agresif – pembukaan cawangan juga sebahagian daripada branding

  3. Pengurusan korporat dan SOP seragam – memastikan kualiti sama di semua cawangan

“Ramai peniaga gagal sebab tak fokus branding dan sistem. Kami bina syarikat ikut cara korporat,” katanya.

Bukti Melayu Boleh Berjaya

Kejayaan Muezza Academy yang tular di media membuktikan bahawa usahawan Melayu mampu berkembang besar jika berani mencuba, mempunyai sistem yang betul dan membina pasukan yang kukuh.

Bagi mereka yang ada modal tetapi kekurangan masa, tenaga atau idea, peluang ini dilihat sebagai satu alternatif selamat untuk menceburi dunia perniagaan secara terancang.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD