Di mata dunia, rakyat Jepun sering dipuji kerana sikap sopan, penuh senyuman dan amat menjaga adab sesama manusia. Imej ini membuatkan ramai yang memasang impian untuk bekerja di syarikat milik negara matahari terbit itu.
Namun, di sebalik reputasi yang nampak sempurna, ada kisah lain yang hanya diketahui oleh mereka yang pernah bekerja rapat dengan warga Jepun.
Baru-baru ini, sebuah ciapan tular mendedahkan bahawa biarpun orang Jepun kelihatan baik, perangai sebenar mereka hanya terserlah apabila sudah bekerjasama dalam suasana kerja. Kenyataan itu turut disokong oleh seorang wanita yang berkongsi pengalaman peribadinya bekerja di Jepun, sehingga memberi kesan besar kepada kesihatan mentalnya.

Menurut wanita itu, dia sudah bertukar syarikat sebanyak dua kali sepanjang menetap dan bekerja di Jepun. Namun pengalaman yang dirasainya tidak jauh berbeza — tekanan kerja tetap tinggi, budaya kerjanya tegar dan layanan yang diterima tidak seperti gambaran indah yang sering dipromosikan.
Antara perkara yang sukar diterima ialah sikap menyalahkan orang lain dengan mudah, hanya menerima pandangan daripada kalangan bangsa sendiri, mengumpat belakang dan bersikap ‘dua muka’.
Perkongsian itu membuka ruang kepada lebih ramai warganet tampil memberi pengalaman masing-masing.
Seorang pengguna mendakwa terdapat syarikat Jepun yang memberi tugasan di luar skop kerja — termasuk membasuh pakaian milik bos.
Seorang lagi wanita pula berkongsi pengalaman dimarahi hanya kerana tidak membalas mesej kerja pada lewat malam. Malah, jika pulang tepat pada waktu, seseorang itu dianggap pemalas. Dalam kata lain, pekerja dijangka sentiasa bersedia 24 jam dengan apa sahaja tugasan yang diberikan.
Tidak hairanlah jika pekerja pejabat (white collar) di Jepun sering kelihatan tidur di tepi jalan atau di stesen kereta api kerana terlampau letih pulang lewat setiap hari.
Selain waktu kerja yang panjang, budaya formaliti yang melampau serta prosedur kerja yang terlalu ketat membuatkan tugasan seharian menjadi lebih rumit.
Disebabkan tekanan tersebut, ada yang hanya mampu bertahan sekitar setahun sebelum memilih untuk berhenti dan mencari peluang di tempat lain.
Lebih menarik, ada warga Jepun yang kini bekerja di Malaysia turut mengakui mereka lebih selesa dengan budaya kerja di sini — lebih santai, lebih manusiawi dan tidak membebankan seperti di negara asal mereka.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?