NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pertembungan Maut Ragut Dua Nyawa Penunggang Motosikal

Pertembungan Maut Ragut Dua Nyawa Penunggang Motosikal

SEREMBAN – Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan, termasuk sebuah Proton Waja, di Jalan Mambau di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azhar Abdul Rahim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.34 malam itu mengorbankan dua penunggang motosikal berusia 41 dan 46 tahun, yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sebuah Proton Waja yang dipandu lelaki berusia 55 tahun bersama isteri serta anaknya sedang dalam perjalanan dari Kampung Bemban menuju ke Sikamat ketika insiden berlaku.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan dipercayai telah memasuki laluan kenderaan Proton Waja sebelum melanggar cermin sisi kanan kereta berkenaan dan hilang kawalan,” katanya.

Tambah beliau, akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal terbabit kemudiannya bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang berada di belakang Proton Waja berkenaan.

“Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) daripada saksi kejadian telah diperoleh bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sumber: KOSMO

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy