LANGKAWI – Populariti Langkawi SkyCab terus mencuri perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa, menunjukkan bahawa pulau lagenda ini kekal sebagai destinasi pilihan ramai.
Pengurusan SkyCab menyatakan komitmen mereka untuk menyediakan pengalaman terbaik kepada setiap pengunjung. “Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Kami akan terus memastikan setiap pengunjung menikmati perkhidmatan dan layanan yang terbaik,” kata kenyataan rasmi mereka.

Bagi memudahkan pengunjung, sistem “boarding time” diperkenalkan supaya pelancong boleh menjelajah kawasan bawah dan menikmati pelbagai aktiviti menarik sebelum giliran menaiki kereta kabel mereka tiba.
Situasi banjir teruk di Hatyai, Thailand baru-baru ini dilihat turut mempengaruhi pilihan pelancong tempatan. Ramai yang memilih Langkawi sebagai destinasi cuti alternatif sepanjang cuti persekolahan minggu ini. Sebelum ini, dilaporkan ribuan pengunjung tempatan dijangka berpindah ke pulau ini memandangkan sektor pelancongan di Hatyai dijangka pulih sepenuhnya hanya pada penghujung Januari 2026.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?